Free Delivery for Orders More than RM100!
Petua & Nasihat

Tips Memastikan Susu Cukup Untuk Bayi

milk booster

MOMMA Pregolact

Bakal kembali berkerja tidak lama lagi? Bagaimana memastikan susu mencukupi dan penyusuan susu ibu dapat diteruskan sehingga 2 tahun?

Untuk Slot Kaunselor Laktasi kali ini, saya akan bantu anda dengan tips-tips penting bagaimana penyusuan yang kerap penting untuk penghasilan susu badan yang cukup untuk bayi anda.

Sebagai seorang ibu menyusu dan kaunselor laktasi bertauliah, ini adalah antara perkara-perkara yang saya lakukan bagi memastikan penyusuan susu ibu dapat diteruskan dan susu badan mencukupi untuk keperluan anak saya.

Bagaimana Nak Pastikan Susu Cukup?

Sebagai wanita bekerja anda boleh mengamalkan tips-tips ini bagi memastikan susu badan anda mencukupi untuk bayi anda :-

  1. Sekiranya anda bersama dengan bayi anda, susukan bayi anda mengikut kehendak bayi, bukan mengikut jadual waktu tertentu. Pasti adakalanya bayi mommies kerap menyusu, sekerap setiap 15 minit mungkin. Cadangan saya, teruskan sahaja penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi anda. Hujung minggu terutamanya adalah masa anda meluangkan lebih banyak masa bersama bayi anda, jadikan bayi anda keutamaan dan penuhi kehendak mereka.
  2. Susukan dengan lebih kerap di malam hari. Hormon prolaktin adalah tinggi pada waktu malam, susukan bayi mommies sekurang-kurangnya 2-3kali. Pada waktu ini, badan kita sebenarnya perlukan rehat, dan penyusuan secara ‘direct’ pada waktu malam sememangnya membantu ibu untuk rehat dan membantu pengeluaran susu ibu yang cukup.
  3. Elakkan memperkenalkan puting kosong/puting tiruan. Sehingga kini, anak saya sendiri tidak mempunyai puting tiruan di rumah. Puting tiruan ini hanya akan mengelirukan bayi anda terhadap puting ibu dan puting tiruan. Terutama bagi 3 bulan pertama, elakkan sepenuhnya puting tiruan.
  4. Pam susu selepas menyusukan bayi, atau mommies juga boleh menyusukan bayi dengan payudara kanan dan mengepam susu untuk payudara belah kiri. Mommies boleh lakukan ini serentak
  5. Pam susu sekiranya anda tidak bersama dengan bayi anda. Buat jadual pam dan cuba patuhi jadual pam yang sama pada setiap hari.
  6. Dapatkan rehat yang cukup, sokongan dari suami dan makan & minum makanan yang berzat dan penuh nutrisi.

Saya berharap selepas membaca perkongsian ini, mommies akan lebih nekad meneruskan penyusuan susu ibu secara esklusif sehingga 6 bulan dan seterusnya hingga 2 tahun.

Tiada hadiah yang lebih mewah, lebih berkhasiat untuk bayi mommies selain susu ibu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *