Free Delivery for Orders More than RM100!
Petua & Nasihat

Tanda-Tanda Bayi Dehidrasi

bayi dehidrasi

MOMMA Pregolact

Malaysia sedang mengalami masalah El Nino atau kemarau panas yang panjang. Ibu bapa perlulah peka dengan kondisi kesihatan anak-anak terutamanya bayi pada ketika ini bagi mengelakkan kejadian berisiko tinggi seperti dehidrasi. Dehidrasi adalah masalah kekurangan air di dalam badan dan mudah berlaku jika badan tidak mendapat kuantiti air yang sepatutnya.

Terdapat dua jenis dehidrasi, iaitu dehidrasi ringan dan dehidrasi berat. Penting bagi ibu bapa untuk memerhatikan tanda-tanda bayi dehidrasi yang mungkin terjadi supaya dapat mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.

Berikut adalah tanda-tanda bayi dehidrasi jenis ringan yang mungkin berlaku pada bayi anda:

  1. Bayi yang meragam dan suka merengek
  2. Ubun-ubun dan mata yang cekung
  3. Kurang air mata ketika menangis
  4. Bibir yang kering
  5. Dahagakan air dan asyik meminta susu
  6. Tidak aktif
  7. Kulit yang pucat
  8. Kulit yang kering
  9. Demam panas
  10. Turun berat badan

Hal ini lebih serius dan memerlukan anda membawa bayi ke klinik berhampiran dengan kadar segera.

  1. Kesihatan yang semakin menurun
  2. Nafas yang laju dan denyut jantung meningkat
  3. Bayi nampak lemah
  4. Mudah mengantuk dan asyik tidur
  5. Tidak mahu minum susu sama sekali
  6. Ubun-ubun dan mata menjadi sangat cekung
  7. Tidak ada air mata apabila menangis
  8. Bibir dan lidah menjadi sangat kering
  9. Masalah sembelit, tidak membuang air kecil langsung atau dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
  10. Tekanan darah rendah
  11. Tidak sedarkan diri atau pengsan
  12. Muntah teruk
  13. Cirit-birit yang berterusan

Tindakan yang perlu diambil  sekiranya tanda-tanda bayi dehidrasi berlaku:

  1. Kekal tenang

Pertama sekali, sebagai ibu bapa, anda perlu bertenang. Hanya dengan bertenang anda boleh berfikir dengan bijak. Dapatkan maklumat tentang dehidrasi dari buku, internet atau rakan untuk mengetahui status terkini bayi anda, sama ada dalam keadaan kritikal atau tidak. Ambillah tindakan yang sewajarnya jika ia adalah dehidrasi jenis berat dengan membawa bayi anda ke klinik atau hospital.

  1. Awasi perkembangan bayi

Gunakan termometer untuk memantau suhu badan anak anda. Perhatikan sebarang gejala muntah dan cirit-birit yang mungkin terjadi. Selain itu, susukan bayi anda dengan kerap dan kira jumlah lampin yang digunakan. Sekiranya si comel masih aktif bermain, itu satu petanda yang positif. Tetapi, jika tahap kesihatan itu sebaliknya dan semakin merundum, bawalah anak anda segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

  1. Teruskan memberi susu badan

Usahakan untuk memberi bayi anda susu sekerap yang boleh untuk membekalkan cecair dan tenaga yang mencukupi kepada si manja. Susu badan terutamanya, mempunyai antibodi tersendiri yang boleh merawat penyakit lain di dalam tubuh serta memberi perlindungan tambahan kepada bayi anda. Cubalah minum secawan susu MOMMA® sehari untuk meningkatkan penghasilan susu badan anda agar bayi mendapat susu yang mencukupi di musim panas ini.

  1. Bawa berjumpa doktor pakar

Sekiranya tanda-tanda bayi dehidrasi jenis berat berlaku kepada bayi anda, usah lengahkan masa dan terus rujuk doktor pakar di hospital. Perlu diingat bahawa masalah dehidrasi pada bayi mampu mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sepanjang musim panas ini, kurangkan aktiviti luar dan berilah bayi anda susu yang mencukupi. Ibu juga, 8 gelas sehari itu wajib untuk diamalkan setiap hari. Selain bayi, ibu juga perlu kekal hidrasi sepanjang masa kerana ibu yang sihat mampu membekalkan susu yang berkualiti.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *