Free Delivery for Orders More than RM100!
Kehamilan

Tanda Mengandung Anak Lelaki Yang Mudah Dikenalpasti

tanda mengandung anak lelaki

Dua kali beranak saya dapat anak perempuan, kali ini kalau boleh nak hero lah pula. Apa tanda mengandung anak lelaki ya?

anak lelaki

Sudah tentu setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriatnya sendiri sebagai pelengkap kebahagiaan rumah tangga. Sama ada mahu terus mendapat anak atau mahu tempoh honeymoon berdua-duaan bersama pasangan, itu terpulang kepada kehendak masing-masing.

Trimester pertama kehamilan bagi rata-rata ibu akan diisi dengan tempoh mabuk dan loya. Ada yang kurang selera makan sehingga turun berat badan.

Masuk trimester kedua, tempoh mabuk dan loya semakin berkurangan dan si ibu pastinya teruja untuk mengetahui jantina bayi yang dikandung. Malah dalam tempoh inilah baru sesuai untuk diuar-uarkan kepada keluarga dan sahabat yang anda sudah berbadan dua.

Apabila berjumpa dengan orang ramai yang melihat keadaan perut si ibu, pasti ada yang bertanya “baby lelaki ke perempuan?”. Itulah soalan yang paling popular di kala hamil.

Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan si ibu itu hamil bayi lelaki atau perempuan. Ada menurut pandangan Islam, ada menurut orang lama-lama, ada juga menurut kajian saintifik.

Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi sedia ada hari ini, yang membolehkan ibu bapa melihat anak melalui mesin ultrasound versi 3D, 4D atau 5D. Tetapi anak juga kes semasa scan nampak lelaki, tetapi bila keluar dapat anak perempuan pula.

Sekurang-kurangnya apabila anda sudah mengenalpasti jantina si anak, maka mudahlah untuk bakal ibu dan bapa membuat persiapan anak seperti pakaian dan keperluan mereka.

Teringin anak lelaki tetapi tak pasti apakah tanda mengandung anak lelaki? Jom baca 16 tanda yang boleh dijadikan panduan dan rujukan.

  1. Kulit wajah ibu yang biasanya cerah berseri akan bertukar menjadi kusam dan sedikit gelap jika hamil anak lelaki. Jangan tak percaya, jika sebelum ini kulit licin, tanda mengandung anak lelaki juga ditunjukkan dengan kehadiran jerawat-jerawat kecil.
  1. Kulit juga menjadi kering.
  1. Morning sickness atau muntah dan loya tidak seteruk seperti hamil anak perempuan. Malah ada juga yang tiada masalah ini langsung!

  1. Perut ibu akan kelihatan besar pada bahagian bawah dan tajam ke hadapan.
  1. Degupan jantung si ibu kurang dari 140/minit.

tanda mengandung

  1. Selera ibu lebih kepada makanan-makanan masin seperti keju dan daging dan masam seperti jeruk dan asam.
  1. Jika rambut anda sebelum ini kelihatan kusam, tanda mengandung anak lelaki pula menunjukkan rambut si ibu akan menjadi lebat dan berkilat.

susu ibu hamil

  1. Hidung si ibu akan menjadi lebih kembang dari biasa.
  1. Payudara pada bahagian kanan menjadi lebih besar dari bahagian kiri.
  1. Si ibu kerap mengalami sakit kepala sepanjang kehamilan.
  1. Pergerakan bayi di dalam perut lebih kerap ke bahagian kanan.

  1. Garisan hitam pada perut ibu akan berpanjangan dari bawah perut ke atas dan tiada putus-putus.
  1. Berat badan ibu mengandungkan anak lelaki juga bertambah lebih banyak berbanding ibu yang mengandungkan anak perempuan.
  1. Kata orang-orang tua, tanda si ibu mengandungkan anak lelaki juga dilihat dengan penampilan si ibu yang malas hendak bersiap atau berhias setiap kali keluar daru rumah. Simple lebih mudah katanya.
  1. Ketika tidur, si ibu gemar mengiring ke sebelah kiri.
  1. Sikap ibu ketika hamil anak lelaki juga boleh dilihat dengan asyik rasa nak menang, tegas dan keras kepala. Si bapa banyakkan bersabar ya…

Nak naikkan HB? Klik sini

Itu adalah antara sebahagian petanda dan petua yang anda mungkin hamil anak lelaki. Tak kiralah sama ada lelaki atau perempuan, apa yang penting anak merupakan rezeki yang datang dari Allah SWT.

Jangan lupa amalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat sepanjang tempoh kehamilan agar kesihatan anak di dalam kandungan juga terjaga dan lengkap nutrisi untuk perkembangan fizikal dan mindanya.

1 comment

  1. sabrina ochee
    October 24, 2022 at 9:52 am

    hb selalu rendah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *