Suntikan Vaksin Pneumococcal
Perlu atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal diberikan pada anak anda? Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka. Jadi, penting atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal ini kepada anak anda? Mari kita baca selanjutnya tentang vaksin Pneumococcal dan penyakit berkaitannya.
Suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia. Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Penyakit pneumonia boleh membuatkan seseorang yang dijangkiti sukar untuk bernafas. Ini berlaku kerana nanah dan lendir memenuhi saluran udara pada paru-paru yang akan menggangu sistem pernafasan . Jika ianya dibiarkan berterusan, oksigen mungkin tidak dapat sampai ke dalam darah dan sel tubuh yang seterusnya membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya anak anda mengalami simptom awal jangkitan pada paru-paru seperti demam panas, batuk dengan atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat dan sering merengek, pernafasan laju atau susah bernafas, muntah atau cirit-birit, segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor.
Jika jangkitan kuman pada paru-paru ini disebabkan oleh bakteria, kebiasaanya doktor akan memberikan antibiotik kepada anak anda. Tetapi, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan dan teruk, anak anda akan dimasukkan ke hospital untuk diberikan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius dan membahayakan nyawa anak anda.
Sekiranya mendapati anak anda juga mengalami batuk yang berpanjangan selama tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Pada kebiasaanya, anak yang dijaga oleh pengasuh di taska sangat berisiko untuk mendapat penyakit ini. Ini adalah kerana persekitaran taska yang tidak dijamin bersih serta perkongsian bekas makanan dan minuman menyebabkan penyakit ini mudah disebarkan kepada kanak-kanak lain.
Oleh demikian, sekiranya anda menghantar anak anda ke taska, anda mungkin perlu memikirkan untuk memberikan suntikan vaksin Pneumococcal ini sebagai cara pencegahan awal kepada anak anda. Jangkitan kuman pada paru-paru ini boleh menjadi sangat serius kepada kanak-kanak kecil dalam masa yang singkat dan secara tidak langsung membahayakan nyawa anak anda.
Bagi mengelakkan anak anda mengalami penyakit jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai Pneumonia, anda perlu sentiasa menitikberatkan kebersihan diri di kalangan anak-anak anda, persekitaran rumah dan taska, serta meneruskan penyusuan susu ibu bagi meningkatkan antibodi anak sebagai salah satu langkah dalam mencegah jangkitan kuman dan bakteria.
Dan sebaiknya, ibu bapa perlu mempertimbangkan pengambilan suntikan vaksin Pneumococcal di hospital atau klinik swasta bagi meningkatkan lagi imunisasi anak anda. Semoga dengan suntikan imunisasi vaksin Pneumococcal ini anak anda dapat dihindari penyakit Pneumonia dan menjalani aktiviti harian dengan ceria!
Ismanizawati Ismail
December 27, 2018 at 7:47 amanak saya baru ambil suntikan vaksin MMR pada hari ini, boleh kah jika ambil suntikan vaksin pneumococcal pula pada keesokkan harinya?
Hani
October 30, 2018 at 11:23 pmJika umur dah 50-80 tahun boleh ambil vaksin ini? Ada kesan sampingan lain selepas ambil suntikan? Adakah vaksin ini dari sumber yang halal?.terima kasih.
sophie
October 24, 2018 at 7:10 amanak saya pernah mengalami batuk berterusan selama 1bulan semasa umurnya 2bulan. tetapi sekarang anak saya telah mengambil 3dos vaksin pnemococcal seperti yang disarankan oleh doktor. Soalan saya,sekiranya anak saya mengalami batuk berterusan sekali lagi selama sebulan,adakah vaksin pnemococcal yang telah diambil dapat menghindarinya dari penyakit pnemococcal?
Mazz
August 5, 2018 at 1:52 amApabila pesakit telah stabil dr sakit pneumonia ni adakah pesakit boleh mengambil suntikan vaksin tersebut bila-bila masa..
Hayati
August 4, 2018 at 11:59 pmBolehkah anak menerima suntikan vaksin ini kalau masih batuk atau demam? Anak umur 8bulan lebih.. Dua kali suda masuk wad nafas laju..
Tinie
July 20, 2018 at 4:53 pmSalam….
sy nak tanya jika seorang kanak-kanak itu telah di jangkiti virus hingga menyebabkan cecair nanah keluar dr telinga adakah dia boleh mengambil suntikan vaksin pd waktu skrg & adakah boleh sembuh dengan cpt??
TQ
Noor Ain
May 23, 2018 at 2:34 amhai. saye nak tanya..ade effect tak selepas mendapatkan suntikan vaksin ini. sebab anak saye demam panas dan muntah2. adakah ianya normal?
Intan
May 7, 2018 at 7:55 amSaya mahu bertanya anak saya telah pn suspek pneumonia.. Boleh ke vaksin ini di ambil bg mencegah ia merebak? Beri pencerahan.. Tq
Noraini Mat nor
April 9, 2018 at 9:22 amjarak pengambilan vaksin ni dengan vaksin klinik berapa minggu? ke boleh di ambil dalam bulan y sama?
saya ada ambil vaksik pneumococal untuk anak 7/4. dan suntikan 5 bukan 18 /4 ni.boleh ke jarak dekat2
Pn siti
April 4, 2018 at 12:16 amAnak sy umur 6 tahun,br ambil suntikan ni.selepas anak sy ambil suntikan,anak kerap demam.kenapa ye.?
zul
March 19, 2018 at 4:25 amanak saya mengalami bengkak dan merah2 selepas mendapatkan suntikan.. adakah sesuatu yg biasa jika anak mengalami bengkak dan lebam seperti ini?
Momma Industries
March 21, 2018 at 1:44 pmHi Encik Zul,
Bengkak dan merah pada tempat suntikan adalah Kesan sampingan yang paling biasa selepas mengambil suntikan. Namun, sekiranya keadaan bertambah teruk sila rujuk ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan.
Siti nur syuhada bt ismail
March 18, 2018 at 3:34 pmAslkm sis…baby sy umu 6bln..dia selalu batuk2…menyusu bernafas mcm x lepas…sekarang suara dia serak…adakah baby sy alami jangkitan paru2??
Momma Industries
March 21, 2018 at 1:57 pmWaalaikumussalam Paun Syuhada,
Berikut merupakan simptom-simptom jangkitan kuman pada paru-paru:
– Batuk yang teruk
– Demam yang tinggi
– Sesak nafas
– Bernafas secara laju
Saya nasihatkan Puan untuk membawa anak Puan segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut bagi mengelakkan berlakunya sebarang jangkitan.
Haqkam
March 27, 2019 at 3:55 pmSalam, anak saya berusian 4 tahun. sering sakit bermula dengan batuk>demam>seleme. bila bawa ke klinik doc kata anak saya demam sebab tonsile membengkak dan akan beri ubat2 temasuk antibiotik. namun biasanya hampir 2 minggu lebih baru selseme>demam>batuk akan kebah…adakah sakit anak saya ni disebabkan tonsile atau memang berpunca dari pnuemococal
Puan Siti
March 17, 2018 at 2:52 pmAnak ke 2 sy berusia 9 tahun…
Sejak 9 bulan yang lalu kerap mengambil neb….
Blh ke anak sy mngambil vaksin pnemococcal skrg ni?
Momma Industries
March 21, 2018 at 1:40 pmHi Puan Siti,
Untuk masalah ini, anak Puan mungkin mengalami alahan atau cenderung ke arah asma kerana kerap mengambil nebulizer.
Kami cadangkan Puan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Untuk vaksin Pneumococcal, anak Puan masih boleh mendapatkannya dengan nasihat doktor.
Mr. Bo
March 6, 2018 at 7:59 amAdakah di hospital kerajaan dibekalkan suntikan vaksin ini?
Momma Industries
March 15, 2018 at 9:10 amHi Mr. Bo,
Suntikan vaksin ini tidak disediakan di hospital kerajaan. Encik perlu merujuk ke klinik dan hospital swasta bagi mendapatkan suntikan.
NOOR FAEZAH BTE MD YASSIN
February 19, 2018 at 2:13 pmDi mana Nak dapat Kan vaksin nie xsemua hospital ada Kan mana yang hospital yang ada vaksin nie??
Momma Industries
March 15, 2018 at 9:13 amHi Puan Faezah,
Bagi mendapatkan suntikan vaksin ini, Puan boleh ke klinik, hospital swasta atau pusat rawatan kanak-kanak.
ima
January 30, 2018 at 1:52 amkanak-kanak seawal umur berapa hinggga umur berapa tahun boleh mengambil suntikan ini? adakah selepas menerima suntikan anak bebas sepenuhnya dari jangkitan virus pnemonia ini atau anak masih juga berisiko untuk terkena jangkita virus ini?
Momma Industries
January 30, 2018 at 9:28 amSuntikan ini tidak menjamin kanak-kanak bebas sepenuhnya daripada terkena jangkitan Pneumonia. Ia hanya bertindak sebagai pencegahan yang dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat penyakit Pneumonia dan mempercepatkan tempoh penyembuhan.
Suntikan boleh diambil apabila bayi berumur 2 bulan. Rujuk jadual di bawah:
2 bulan – 6 bulan >>> 4 dos
7 bulan – 11 bulan >>> 3 dos
12 bulan – 5 tahun >>> 2 dos
DAYU
January 27, 2018 at 2:43 pmSELALU BERAPA HARGA TUK DAPAT KAN SUNTIKAN INI
Momma Industries
January 29, 2018 at 1:53 pmHi Puan Dayu. Terima kasih kerana menghubungi kami.
Jumlah dos yang perlu diambil adalah mengikut umur anak. Anggaran harga untuk 1 dos suntikan vaksin Pneumococcal adalah dalam lingkungan RM190 – RM250. Sila rujuk pusat rawatan terlebih dahulu kerana harga bagi setiap klinik atau hospital tidak sama.
Nur azwani Zira nasreen
January 3, 2018 at 12:10 pmbayi 5 bulan boleg ambil x?total dos brpa ye?jarak ant dos bpe ye?vaksin tok tmjnji 6bln nnt bleh x ccok?next tca tok 6bln 22hb jan 18
Momma Industries
January 5, 2018 at 3:52 amBayi 5 bulan boleh ambil suntikan. Dapatkan info lanjut berkaitan dos, jarak suntikan dan lain-lain maklumat penting di klinik kanak-kanak / hospital yang berhampiran anda.
Nazrul
December 21, 2017 at 5:03 pmAdakah suntikan pneumokokal ini boleh disuntik untuk kanak2 berumur 3-4 tahun?
Momma Industries
December 31, 2017 at 3:51 amYa boleh, dapatkan info lanjut di klinik-klinik swasta yang menyediakan suntikan pneumokokal.