Free Delivery for Orders More than RM100!
Penyusuan Petua & Nasihat

Menakjubkan! Khasiat Barli Untuk Ibu Menyusu Yang Ramai Tak Tahu

milk booster

Apabila bercakap tentang penyusuan ibu, ramai yang bersetuju bahawa susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi. Ini kerana susu ibu mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air. Nutrien yang terkandung di dalam susu ibu membantu proses penghadaman bayi.  Namun, perkara yang dirisaukan oleh ibu ialah apabila berlaku kekurangan susu. Dalam post kali ini, anda akan mengetahui khasiat barli untuk ibu menyusu.

 

 

Khasiat barli terdiri daripada kandungan pemakanan seperti serat, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B1 (thiamin), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus dan copper, serta sedikit lemak. Yang menariknya barli tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin yang lain.

 

Bagaimana khasiat barli ni dengan bagus untuk ibu menyusu?

Khasiat barli ni cukup banyak kerana kandungan nutrisi pemakanannya sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Sebab itu para ibu digalakkan untuk mengamalkan minum barli ini. Cara paling mudah hanya dengan buat air rebusan barli. Amalkan setiap hari dan susu ibu pun jadi meriah!

 

Berikut merupakan khasiat barli serta nutrisi yang terkandung di dalam bijirin ini yang sangat baik untuk ibu menyusu amalkan:-

1. Fiber

Barli mengandungi fiber iaitu serat yang sangat diperlukan untuk kesihatan usus dan sistem pencernaan. Rata-rata ibu yang menyusu badan ni mudah menghadapi masalah sembelit. Bila mengamalkan barli ni, ia dapat membantu melancarkan proses pembuangan air besar, sekaligus masalah sembelit dapat diatasi.

 

2. Vitamin B3 (Niacin)

Khasiat barli yang lain adalah Vitamin B3 yang mana membantu penjanaan tenaga daripada lemak dan gula. Vitamin B3 selalunya terdapat dalam daging, ikan, susu, telur, kacang, sereal, dan sayuran hijau.

 

Sebagai ibu yang menyusu bayi, pengambilan Vitamin B3 yang mencukupi perlu dititik beratkan. Hal ini kerana jika kekurangan Vitamin B3 ni, tubuh ibu akan mengalami gangguan pencernaan, lelah, muntah dan kemurungan. Ingat ya sebagai ibu menyusu, kita perlu cergas dan sihat! Barulah bayi turut mendapat kualiti susu yang terbaik.

 

3. Vitamin B1 (Thiamin)

Vitamin B1 atau thiamin ini adalah sejenis vitamin B yang berfungsi untuk mengubah karbohidrat menjadi energy. Disebabkan Vitamin B1 ni larut air, vitamin ini akan dibawa oleh saliran darah untuk disalurkan ke seluruh tubuh badan. Antara makanan yang mengandungi Vitamin B1 seperti ikan, telur, kubis, bayam dan kekacang.

 

Vitamin B1 bertindak untuk menjaga fungsi sistem saraf, jantung dan otot agar bekerja dengan baik. Barli juga kaya dengan Vitamin B1 ni tau.

 

Tempoh penyusuan bukan suatu yang mudah bagi ibu menyusu. Dengan pengambilan Vitamin B1 yang secukupnya, ia mampu mengawal kadar stress dan juga mampu menstabilkan emosi si ibu. Selain dapat menikmati keenakan air barli, si ibu turut mendapat khasiat yang baik daripada barli ini.

 

4. Selenium

Selenium ni merupakan salah satu jenis mineral yang penting. Antara makanan yang mengandungi selenium seperti telur, kerang, daging merah, ikan laut, kekacang, tempe dan yogurt. Khasiat barli juga kaya dengan selenium ni.

 

Salah satu faktor berlakunya kekurangan air susu adalah disebabkan stress. Jadi, bagi ibu menyusu anda digalakkan mengamalkan barli kerana didalam barli terdapat nutrisi selenium yang diketahui mampu untuk mengawal mood. Selain itu, selenium juga mampu untuk menjaga dan menurunkan tingkat depresi pada diri anda.

 

5. Iron, Magnesium dan Zinc

Ibu menyusu perlu mengambil jumlah kalori antara 2700cal setiap hari dengan pengambilan kalsium dan zinc yang optimum. Walaupun ia tak mempengaruhi kadar nutrien dalam susu badan, namun keperluan tubuh ibu yang menyusu juga perlu diambil kira untuk lebih sihat, gigi dan tulang yang kuat dan bertenaga.

 

Iron, magnesium, zinc, kalsium dan phosphorus adalah sangat penting kepada keperluan tubuh badan seorang ibu. Ibu yang menyusu badan perlu memastikan tubuh badan mereka mendapat cukup nutrien agar mereka kekal bertenaga dan dapat menyusukan bayi dengan sebaik mungkin.

 

Disebabkan itu ibu menyusu digalakkan meminum air barli ni. Ianya cara yang paling mudah untuk memperolehi khasiat barli.

Ingat ya ibu-ibu jangan selalu stress-stress. Sebab bila kita stress, ia akan menjejaskan kesihatan tubuh badan ibu. Sekaligus menjejaskan produksi susu badan yang berkualiti. Cubalah amalkan pengambilan air barli ni okay! Cukup banyak khasiat barli ni untuk ibu menyusu. Sekiranya ibu mahukan makanan untuk membanyakkan susu, ibu boleh pilih minuman milk booster yang kaya dengan khasiat semulajadi.

 

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *