Free Delivery on orders over RM130. Don’t miss discount.
Penyusuan

Bengkak Susu: Ketahui Punca Dan Cara Untuk Menghilangkan Bengkak Susu

bengkak susu

Ia adalah salah satu fenomena bengkak yang sering dihadapi oleh ibu yang baru melahirkan anak. Ambil perhatian sekiranya anda mahu menghilangkan masalah bengkak susu.

 

Bengkak susu merupakan bengkak yang paling digeruni oleh para ibu di luar sana. Ianya bagaikan satu tarikan yang sangat kuat yang membuatkan satu badan menjadi sakit dan tidak bermaya. Banyak punca dan sebab berlakunya masalah bengkak susu ini.

Sebenarnya bengkak susu terjadi apabila payudara membengkak akibat susu ibu berlebihan. Ia tak dikeluarkan dan menyebabkan payudara mengeras dan sakit.

Hal ini akan menyebabkan ibu mengalami sedikit kesukaran untuk menyusukan bayi. Selain itu, ianya membuatkan si ibu berasa tidak selesa dibahagian dada mereka.

Berikut merupakan beberapa cara untuk menghilangkan bengkak susu dengan mudah dan berkesan.

 

Gunakan daun kubis

Panaskan seketika kelopak daun kubis itu.

Kemudian, tekapkan di bahagian payudara yang bengkak. Ianya dapat meredakan bengkak payudara anda dan anda dapat menyusukan bayi anda dengan lebih selesa seperti sediakala tanpa sebarang kesulitan.

 

Mengurut payudara dengan betul

Urutan pada payudara amat membantu mengurangkan bengkak susu.

Rajin-rajinkan mengurut payudara anda dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

Selain itu, anda boleh mengurut payudara anda dengan menggunakan sikat.

Jejari sikat akan bertindak sebagai medium urutan di bahagian dada anda yang memberikan kesan lembut buat urutan payudara anda.

 

Gunakan pam menyusu

Pam menyusu boleh dibeli dengan mudah di pasaraya. Jika susu terlalu penuh, gunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan lebihan susu.

Namun, pastikan anda mempunyai jadual mengepam yang konsisten. Jangan keterlaluan dalam mengepam.

Ianya boleh merangsang penghasilan susu yang berlebihan dan melebihi keperluan bayi. Ini yang menyebabkan anda sering mengalami bengkak susu.

Jadi masalah payudara bengkak anda tidak akan pulih seperti yang diinginkan.

 

Banyakkan minum air suam

Jangan sesekali minum air ais kerana ianya boleh membuatkan payudara anda membengkak dan badan anda cepat masuk angin.

Seeloknya, minumlah air suam supaya dapat menhangatkan badan anda. Ia juga dapat menghasilkan susu badan yang banyak.

 

Kerap menyusukan anak

Antara kesilapan terbesar si ibu adalah mereka kurang menyusukan anak.

Jadi, anda boleh cuba memerah keluar sedikit susu lebihan dengan menggunakan tangan. Dengan cara ini, bayi lebih mudah untuk menyusu seperti biasa. Pastikan bayi turut menyusu pada waktu malam supaya ianya tidak bengkak.

 

Mandi air panas / suam

Mandi air panas atau suam selama lebih kurang 15-20 minit.

Halakan air suam ke bahagian payudara. Pada masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara. Tekan sedikit pada bahagian puting bagi melancarkan susu badan anda nanti.

 

Gunakan daun sirih

Dengan menggunakan daun sirih dan minyak zaitun, ia boleh mengurangkan bengkak susu.

Banyak khasiat daun sirih yang boleh kita dapati. Ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Kesimpulannya, tiada sebab untuk anda tidak menyusukan bayi anda jika anda mengalami bengkak susu.

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan supaya ianya dapat meredakan bengkak susu anda. Anda dapat menyusukan bayi anda dengan selesa seperti sedia kala. Apa yang penting, anda perlu bersabar dan berfikiran positif.

Sekiranya anda ingin mendapatkan makanan tambahan sebagai milk booster anda, dapatkan dengan segera produk milk booster sumber semulajadi secara online di sini.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *