Free Delivery for Orders More than RM100!
Laktasi

Apa Itu Milk Booster Semulajadi?

milk booster semulajadi

MOMMA Pregolact

Apa itu milk booster semulajadi ? Milk booster bermaksud penggalak susu atau penambah susu dalam badan ibu itu sendiri . Tahukah anda bahawa ibu-ibu boleh menambahkan susu badan secara semulajadi ? Menambahkan susu badan secara semulajadi di sini adalah dengan kaedah atau cara-cara secara manual tanpa perlu mengambil apa-apa jenis ubatan.

Salah satu caranya ialah dengan membuat sup lobak putih sebelum atau selepas bersalin . Sup lobak putih ini dipercayai dapat menambahkan susu ibu secara semulajadi . Sup lobak putih ini juga tidak hanya boleh diamalkan selepas bersalin sahaja kerana umum mengetahui lobak putih mempunyai kandungan khasiat semulajadi  yang amat baik sekali untuk kesihatan . Namun , ramai para ibu lebih gemar mengamalkannya ketika selepas bersalin kerana bertujuan menambahkan susu badan mereka .

Kemudian , untuk menambahkan susu juga para ibu haruslah kerap menyusukan bayi mereka sendiri atau mengepam susu mereka . Ini kerana semakin banyak dan kerap menyusukan bayi atau mengepam susu , maka semakin banyaklah susu yang akan dikeluarkan dan dihasilkan semula . Kekerapan menyusukan bayi ini bergantung dua hingga tiga jam sekali .

 

cara banyakkan susu

Selain itu juga sumber makanan semulajadi adalah proses yang paling mudah diamalkan seperti kacang tanah dicampur dengan susu kambing Malaysia , kurma dicampur dengan susu . Arus pemodenan kini membuatkan ramai para ibu lebih kreatif dalam membuat minuman berunsur ‘smoothies’ – buah-buahan dicampur bersama susu,  dan jus buah-buahan kerana mereka merasakan minuman seperti itu lebih enak .

Susu MOMMA juga diperbuat daripada 12 bahan semulajadi, antaranya susu kambing, kurma, madu, kismis, delima, saffron dan lain-lain lagi. Susu MOMMA juga mengandungi Omega 3 dari minyak ikan yang sangat baik untuk perkembangan otak bayi. Susu MOMMA merupakan milk booster semulajadi yang dapat membantu melancarkan lagi penyusuan susu ibu.

Para ibu juga boleh mengamalkan ulam-ulaman seperti jantung pisang , pucuk betik muda , ulam pegaga yang boleh dinikmati bersama nasi untuk hidangan berpantang . Disamping makan untuk menambahkan susu , ulam-ulaman ini juga berperanan untuk menjadikan para ibu lebih kelihatan awet muda .

Cara yang paling mudah yang ingin diperkatakan sekali adalah amalkanlah pemakanan yang seimbang dari piramid makanan kerana dari situlah dapat menjamin kesihatan seseorang disamping menambahkan susu badan sendiri . Di dalam piramid makanan perlu diperbanyakkan karbohidrat , diikuti dengan vitamin , kemudian protein dan kurangkanlah yang manis . Jika diamalkan , maka lebih sihatlah kehidupan seseorang itu . Paling penting sekali banyakkanlah meminum air kosong . Jika banyak minum air kosong , maka lebih mudah juga susu akan terhasil .

Jika semua usaha sudah dilakukan untuk memperbanyakkan susu , langkah terakhir ialah tawakal . Banyakkan berselawat dan berdoa supaya diperbanyakkan susu anda . Ibu juga harus percaya dengan diri sendiri dan yakin bahawa susu akan banyak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *