Seringkali ibu-ibu hamil disarankan membaca beberapa surah Al-Quran sebagai doa mudah bersalin.
Selain perasaan teruja, tempoh kehamilan juga adakalanya mencabar. Semua wanita mahu proses bersalin dilalui dengan mudah. Ada banyak petua sering diingatkan kepada wanita hamil, termasuk beberapa doa mudah bersalin ini.
Untuk kefahaman, tidak ada sebarang syarak mengkhususkan mana-mana surah dibaca sebagai doa mudah bersalin oleh wanita yang sedang hamil.
Itulah ajaibnya ayat-ayat Al-Quran. Setiap baris ayatnya mempunyai maksud dan mesej yang luar biasa kepada manusia yang beriman dan mempercayai kekuasaan Allah S.W.T.
Sebagaimana yang digalakkan kepada mereka ingin berkahwin dan mendapat zuriat, terdapat juga beberapa doa khusus yang sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang bakal melahirkan anak.
Seperti yang kita ketahui, doa adalah senjata bagi orang mukmin.
Sentiasalah meminta kepada Allah S.W.T supaya proses kelahiran dipermudahkan, anak yang dilahirkan dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari sebarang komplikasi semasa kelahiran.
Antara doa yang boleh diamalkan :
- Ayat 38, Surah Ali Imran
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Nabi Zakaria membawa doa ini untuk memohon Allah S.W.T mengurniakan rezeki anak buat dirinya dan isteri walaupun usia Nabi Zakaria waktu itu telah tua.
Diharapkan amalan membaca ayat ini akan membolehkan pasangan suami isteri dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, selain diberikan kemudahan semasa proses kelahiran.
- Ayat 26, Surah Maryam
“Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini.”
Surah Maryam menceritakan kisah Maryam R.A yang melahirkan Nabi Isa A.S secara bersendirian di tengah padang pasir. Surah ini juga sangat terkenal di kalangan ibu hamil supaya diamalkan.
Mengambil iktibar dari kisah ibu Nasi Isa A.S, surah ini boleh dijadikan pengajaran berkenaan soal kehamilan dan tanggungjawab ibu dan bapa.
- Ayat 78, Surah an-Nahl
“Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberikanmu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu bersyukur.”
Potongan ayat ini membawa maksud bahawa selepas kita dilahirkan dari rahim si ibu, Allah S.W.T menjadikan kita mengetahui segala apa yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Allah S.W.T mengurniakan anugerah yang tidak ternilai kepada kita sebagai hamba-Nya seperti akal, pendengaran dan penglihatan.
Maka dengan mengamalkan ayat ini, semoga anak yang bakal dilahirkan diberikan anugerah akal, pendengaran dan penglihatan yang sihat dan baik.
- Ayat 11, Surah Fathiir
“Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.”
Bagi memahami kejadian manusia dari berada di alam rahim sehingga dilahirkan sebagai seorang manusia, ibu-ibu hamil disarankan untuk membaca dan mengetahui maksud ayat ini.
Ayat ini juga menjanjikan kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T, maka ia amat digalakkan untuk diamalkan sebagai doa mudah bersalin.
- Ayat 87, Surah Anbiya
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.”
Nabi Yunus membaca ayat ini ketika berada di dalam perut ikan nun yang kemudiannya ikan itu bertindak memuntah mengeluarkan dirinya.
Ayat ini sering dititip sebagai doa mudah bersalin, dengan harapan anak di dalam kandungan dapat keluar dengan mudah.
Ayat ini juga bukan sahaja sesuai diamalkan ketika menunggu masa melahirkan anak, ia juga boleh diamalkan ketika berada di dalam kesusahan, supaya Allah S.W.T membantu kita keluar dari kesulitan itu.
Selain mengamalkan ayat-ayat yang disenaraikan seperti di atas sebagai doa mudah bersalin, ibu-ibu juga disarankan sering beristigfar, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan membaca zikir Asmaul Husna.
Lima ayat di atas hanyalah sebahagian doa yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil dan menunggu masa melahirkan anak.
Perlu tahu bahawa semua ayat di dalam Al-Quran boleh diamalkan sebagai doa harian dalam apa jua keadaan. Yakinlah dengan doa tersebut dan serahkan kepada Allah S.W.T untuk mengabulkan apa yang dihajat.
Setiap ibu yang melahirkan pasti mahu menyusukan anak sepenuhnya. Bagi mereka yang akan memulakan kerja, semestinya mahu menyimpan stok yang banyak untuk anak-anak.
Jangan pening-pening, ibu-ibu boleh mencuba milbooster daripada Momma Pregolact keluaran Momma Industries Sdn. Nhd. yang mengandungi inulin, madu, susu kambing, kurma, kismis, delima, omega-3, habbatus sauda, zaitun, buah tin, saffron dan koko.
Momma Pregolact mengandungi perasa coklat dan vanilla yang juga sesuai diamalkan oleh ibu hamil dan wanita yang berusaha mendapatkan zuriat.
Ibu-ibu boleh mendapatkan Momma Pregolact dengan klik di sini.