Free Delivery for Orders More than RM100!
Kehamilan Uncategorized

17 Tanda-Tanda Mengandung Yang Anda Patut Tahu (Penting)

tanda mengandung

Apabila keluarnya tanda tanda mengandung ini, anda tahu yang anda bakal melahirkan cahaya mata. Hanya wanita sahaja yang tahu apakah tanda mengandung tersebut.

Tanda tanda mengandung adalah salah satu petunjuk yang dialami oleh bakal ibu. Ia merupakan petanda yang penting dan perlu diketahui oleh ibu yang akan melahirkan bayi. Apakah tanda-tanda mengandung itu?

Apabila anda berasa tidak sedap badan, tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan di klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Berikut merupakan 17 tanda tanda mengandung yang anda patut tahu sebagai pasangan yang sudah berkahwin:

 

1. Berasa mual / Morning sickness

Jika anda mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, ia merupakan satu petanda baik.

Perlu diingatkan, bila sudah mula muntah-muntah, badan akan terhidrat dan kurang air.

Sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut agar kesihatan anda pada tahap optimal dan stabil.

 

2. Haid sudah lama tidak datang

Bagi yang mempunyai kitaran haid yang teratur, sekiranya ‘miss’ beberapa hari, besar kemungkinan anda perlu ke farmasi untuk membeli ‘pregnancy kit’.

Ujian kehamilan ini akan mengukur tahap hormon hCG di dalam air kencing anda.

Namun, bagi yang mempunyai haid tidak teratur, ia agak sukar untuk diagak.

 

3. Payudara tegang dan sensitif

Pernah atau tidak anda merasakan payudara anda seakan tegang?

Ianya berlaku secara tiba-tiba dan dapat rasa payudara agak bengkak.

Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘tender breasts’ atau ‘swollen breasts’. Tampak lebih besar dan berat dari biasa. 

 

4. Rasa penat

Anda rasa ingin bermalas-malasan sahaja. Ingin baring dan berehat sepanjang masa.

Ini berlaku akibat perubahan hormon. Tubuh badan ibu cuba menyesuaikan diri dengan kehadiran insan baru dalam badan. 

Selain itu, peningkatan hormon progesteron juga boleh dikaitkan dengan rasa penat dan lelah.  

Penurunan kadar gula dalam darah dan tekanan darah rendah juga menyumbang kepada rasa kepenatan ini.

Justeru itu, disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

 

5. Perubahan mood yang ketara

Selari dengan perubahan mood wanita yang tengah pregnant, tanda mengandung seterusnya menceritakan bahawa wanita mengandung akan mengalami perubahan mood yang ketara.

Ada ketika sedih. Ada waktu lain anda gembira dengan tiba-tiba.

Si suami jangan rasa pelik sebab ianya boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

 

6. Mengidam makanan yang pelik

Anda akan mengidam makanan yang pelik. Mungkin anda teringin nak makan makanan yang anda paling benci atau tidak suka makan sebelum ini.

Ianya berlaku jika anda mempunyai tanda mengandung tanpa anda sedari.

Percayalah, dahulu anda tidak menggemari ikan. Tetapi selepas mengandung anda pasti menyukainya.

 

7. Perubahan selera makan

Terdapat dua kategori, samada anda menjadi semakin berselera makan atau langsung tidak berselera makan.

Sesetengah wanita akan mengalami alahan semasa hamil. Mereka akan muntah-muntah dan hilang selera makan semasa trimester pertama.

 

8. Badan rasa panas

Tanda mengandung yang seterusnya adalah suhu badan anda akan meningkat.

Apabila ovulasi berlaku dan telur dilepaskan untuk pensenyawaan, suhu badan anda akan naik sedikit daripada biasa.

 

9. Kerap ke tandas

Anda akan kerap ke tandas jika anda sudah berada di fasa mengandung.

Ini kerana rahim anda cudah mula membesar dan memberi tekanan kepada pundi kencing anda.

 

10. Selesema

Ketika hamil, badan anda akan mengalami satu perubahan pelik;

Anda akan kerap demam, selesema dan hidung tersumbat.

Ini kerana sistem imun badan anda semakin kurang berkesan.

Sistem imun ini akan dicegah daripada menyerang ataupun menolak janin yang sudah terbentuk didalam rahim anda.

11. Sembelit

Sembelit merupakan tanda mengandung yang bakal dialami oleh ibu mengandung.

Anda perlu mengambil sayuran hijau yang banyak. Banyakkan minum air kosong supaya badan anda sentiasa terhidrat.

 

12. Perubahan warna pada faraj

Faraj anda akan kelihatan lebih gelap daripada sebelumnya. Ini kerana airan darah anda di bahagian pelvis semakin meningkat.

Ianya berlaku di awal fasa tanda mengandung dan sukar untuk dikesan dengan awal.

 

13. Kerap pengsan

Kerap pengsan merupakan tanda mengandung subjektif.

Ini disebabkan oleh badan anda sedang mengalami perubahan.

Anda akan penat dengan perubahan tersebut. Kerap pening atau pengsan juga adalah normal di awal kehamilan.

 

14. Lebih sensitif pada deria bau

Deria bau anda akan lebih sensitif daripada biasa.

Ini disebabkan kerana anda akan berasa kurang selesa jika terhidu dengan bau yang kuat.

 

15. Abdomen kejang

Tanda mengandung yang seterusnya adalah di awal kehamilan ialah anda mengalami kekejangan di bahagian abdomen.

Ini kerana, penempelan sedang berlaku di dalam rahim dan perubahan ini kadang-kala menyebabkan kekejangan.

 

16. Keluar darah 

Antara tanda awal kehamilan yang lain adalah tompokan darah. Ramai menyangka mereka “datang haid” seperti biasa.

Sedangkan hanya tompokan darah sedikit saja yang keluar.

Tompokan darah sedikit ini dikenali sebagai spotting. Biasanya tidak terlalu banyak.

 

17. Sakit kepala

Sakit kepala sering terjadi di awal kehamilan.

Ini menyebabkan anda cepat letih. Anda juga memerlukan nutrisi yang lebih banyak untuk anda dan bayi di dalam kandungan anda.

Sekiranya anda mahukan makanan tambahan semasa kehamilan, dapatkan produk milk booster terbaik yang terdiri daripada sumber semula jadi. Hubungi Momma Industries sekarang untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *