Sengkuang Cina Untuk Demam Kuning
Sengkuang Cina Untuk Demam Kuning
Sengkuang cina tergolong di dalam kumpulan sayur-sayuran air. Ianya merupakan makanan ruji bagi kaum Cina dan didapati tumbuh di kawasan paya. Oleh sebab itu, apabila anda membeli sengkuang cina di pasar, ia akan kelihatan diselaputi sedikit lumpur. Hanya bersihkan sebaiknya dan ianya sudah sedia untuk dimakan atau dimasak.
Teksturnya pejal dan rangup. Oleh sebab teksturnya pejal dan rangup, ia amat sesuai untuk dijadikan snek yang sangat berkhasiat. Sengkuang cina merupakan antara makanan fiber yang baik dan kaya dengan sumber vitamin B. Selain itu, ia juga mengandungi kurang lemak dan kaya dengan mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassium dan zink. Selain dijadikan snek untuk kudapan, isinya yang dicincang halus boleh dimasukkan di dalam masakan seperti sup, salad sayuran dan buahan atau dijadikan inti dan juga pemanis mulut.
Ada petua mengatakan bahawa sengkuang cina dikatakan mujarab dalam merawat jaundis atau demam kuning bayi. Petua dalam merawat demam kuning bayi adalah dengan memarut sengkuang cina dan diperah sehingga keluar airnya. Caranya:
- Basuh bersih, buang kulit dan parut sengkuang cina terlebih dahulu
- Dengan memerah menggunakan penapis teh dan ditekan – tekan isi parutan pada penapis teh tersebut sehingga mengeluarkan air.
- Kemudian, air parutan itu diberikan kepada bayi sesudu teh pada setiap pagi sehingga demam kuning bayi hilang.
Selain diberikan air parutan sengkuang cina kepada bayi, ibu juga digalakkan untuk makan sengkuang cina dan kerap menyusukan bayi. Dikatakan, zat susu ibu yang diperolehi daripada sengkuang cina mampu merawat demam bayi kuning.
Jika sukar untuk mendapatkannya di pasar, para ibu boleh cuba meminum air minuman sengkuang cina di dalam tin di mana terdapat ketulan isi sengkuang cina di dalamnya. Tetapi, para ibu tidak digalakkan mengambil secara berlebihan kerana khuatir gula yang tinggi di dalam minuman dalam tin.
Berdasarkan pengalaman ibu-ibu yang mengamalkan air sengkuang cina dalam tin ini, ianya mampu menurunkan bacaan demam kuning bayi.
Bagi ibu yang masih berpantang, pengambilan sengkuang cina mestilah dalam kadar yang sedikit kerana ianya tergolong dalam sayur-sayuran yang sejuk, dan bagi sesetengah ibu yang tidak serasi ia boleh menyebabkan sejuk dan sakit urat.
Selain itu, para ibu juga perlu kerap menyusukan bayi mereka dengan kekerapan sebanyak 8 – 12 kali sehari. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan pergerakkan usus dan akan menggalakkan pengeluaran bilirubin melalui pengeluaran najis bayi.
Anda juga boleh mencuba MOMMA® Pregolact® untuk meningkatkan lagi susu badan, seterusnya menyebabkan bayi kencing & berak lebih kerap. MOMMA® Pregolact® juga mengandungi saffron yang dapat membantu menurunkan bacaan demam kuning.
Sebagai usaha untuk mengelakkan bayi yang baru lahir mengalami demam kuning, para ibu yang sedang hamil digalakkan memperbanyakkan mengambil sengkuang cina di dalam diet seharian. Mengikut petua orang dahulu, ibu yang hamil 8 bulan ke atas digalakkan untuk sentiasa mengamalkan sengkuang cina sebagai salah satu cara bagi mengelakkan bayi dijangkiti demam kuning.
Seperti yang kita ketahui, sengkuang cina ini mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang mampu memberikan khasiat yang baik buat ibu dan anak dalam kandungan. Tiada salah untuk diamalkan.
Tips bagi memilih sengkuang cina yang baik adalah:-
- pilih sengkuang cina yang pejal
- dan kulitnya rata dan tiada tompokan lembut pada kulit sengkuang cina.
Jika tidak memilih dengan betul, dikhuatiri isinya lembik setelah dikupas kulitnya. Dengan pelbagai zat dan khasiat, petua orang dahulu masih relevan lagi buat masa kini untuk diamalkan di mana dikatakan sengkuang cina ini mampu merawat demam kuning bayi.