Kak D pasti mommy yang sedang membaca ini pasti sudah tahu tentang kepentingan penyusuan susu ibu, tetapi tahukah mommy kenapa penting untuk menyusu hingga si manja 2 tahun?
Tahniah mommy kerana memilih penyusuan susu ibu! Mommy telah membuat pilihan yang tepat.
Bukan semua ibu sanggup bersusah-payah untuk menyusukan si manja mereka. Ramai yang memilih untuk berikan si manja susu formula, atas faktor tertentu.
Tetapi mommy adalah salah seorang antara ibu hebat yang memilih penyusuan susu ibu walaupun banyak cabaran dan halangan.
Tempoh 2 tahun adalah perjalanan yang panjang, Kak D harap sharing Kak D di sini dapat membantu mommy semua untuk kekal bersemangat, tak mudah give up, dan tetap meneruskan penyusuan hingga si manja Mommy berusia 2 tahun.
Kenapa penyusuan perlu diteruskan sehingga 2 tahun? Teruskan membaca ya Mommy!