Pastinya bagi ibu menyusu yang berkerjaya anda sedang sibuk mengganti puasa dan bersiap sedia untuk Ramadhan.
Ramadhan semakin menghampiri, pasti setiap ibu teruja. Inilah waktu yang dirindui setiap muslim, dapat berpuasa dan beribadah pada bulan yang penuh mulia. Namun, bagi ibu menyusu pasti timbul rasa bimbang, bukan? Pasti akan terdetik sedikit rasa bimbang apabila memikirkan bagaimana mereka akan menyusukan si kecil sedangkan anda terikat dengan
ibadah puasa.
Puasa kali ini pasti mendebarkan kerana kemungkinan susu akan merudum /‘drop’. Susu ibu biasanya akan merudum sekiranya ibu berpuasa. Manakan tidak, ibu tidak minum air secukupnya!
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan persediaan sebelum menyambut Ramadhan dan ketika menghadapi Ramadhan nanti. Dengan tips dan persediaan yang ada ini, diharap para ibu dapat menghadapi Ramadhan dengan lebih bersemangat. Para ibu tidak perlu mengorbankan Ramadhan, dan tidak perlu mengorbankan penyusuan sekiranya membuat persediaan lebih awal!
Tips ini untuk anda ibu-ibu menyusu yang berkerjaya seperti anda!
PERSEDIAAN SEBELUM RAMADHAN – BUAT STOK EBM
1) Tandem Nursing & Pumping
Perasan tak bila anda tengah menyusukan bayi anda, payudara sebelah lagi akan mengeluarkan sedikit susu?
Bila bayi anda sedang menghisap susu, secara tidak langsung bayi merangsang payudara. Maka dengan itu, susu lebih mudah dikeluarkan atau lebih mudah untuk menghasilkan Let Down Reflex (LDR)
Bayi boleh diletakkan pada posisi mendakap (football hold) dengan badan dan kakinya diampu
bantal.
Pastikan bayi selesa, disokong sepenuhnya dengan bantal dan melekap sempurna. Kemudian, satu tangan ibu digunakan untuk meletakkan dan mengepam di payudara sebelah.
Teknik ni memang sangat berkesan tau. Hasil perahan dari sebelah lagi payudara bolehlah
mommies simpan untuk stok di bulan Ramadhan.
Jom kita pergi pula ke teknik yang ke-2. Oh ya, teknik ni memang sangat bagus. Pada awalnya mungkin tidak banyak
perubahan, jangan risau, in sha Allah bila diamalkan berterusan memang akan rasa berbeza dan nampak hasil. Mungkin kita akan dapat dalam 1-2oz lebihan susu, tapi 1-2oz jika dikumpul-kumpul pasti menjadi banyak.
2) Pam Selepas Menyusu
Cara ini untuk memberi isyarat kepada badan ibu untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu. Di awal sesi, ibu akan merasakan tidak banyak susu yang terhasil, namun selepas beberapa hari, badan ibu akan secara semulajadinya menyesuaikan diri dengan rutin ini dan lebih banyak susu boleh dihasilkan dan diperah.
3) Power Pumping atau Menyusu Dengan kerap Pada Waktu Malam
Waktu malam kadar hormon prolaktin dalam tubuh kita lebih tinggi berbanding waktu siang.
Badan kita lebih tenang dan dalam keadaan rehat, semestinya ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Jadual Power Pumping yang dicadangkan:
4) Bertenang dan berfikiran positif
Tenang dan jangan terlalu stress, buat seperti biasa dan fikirkan sentiasa ada rezeki untuk anak.
Mindset sangat mempengaruhi penghasilan susu. Ia melibatkan 2 hormon iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Hisapan bayi/pam menghasilan hormon Prolaktin yang meransang kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Oksitosin pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu.
Amalkan Doa ini ketika mengepam atau menyusukan anak
5) Minum MOMMA® Pregolact® sebelum tidur untuk mengalakkan pengeluaran susu.
Minum segelas susu khas untuk ibu menyusu MOMMA® Pregolact®. MOMMA® Pregolact® mengandungi 14 Vitamin & Mineral khas untuk meningkatkan tenaga, meningkatkan lagi kuantiti dan kualiti susu ibu. Dengan mengamalkan MOMMA® Pregolact® setiap hari sebelum tidur, membantu melancarkan salur susu. Jadi dapatlah anda membuat stok susu sebagai persediaan sebelum Ramadhan.
Bagi ibu menyusu, minum susu penting untuk menggantikan kalsium yg hilang dari badan ketika hamil & menyusu. Bancuh segelas susu MOMMA® Pregolact® untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
PERSEDIAAN KETIKA RAMADHAN – HADAPI RAMADHAN DENGAN GEMBIRA!
1) Pasang niat dan berdoa kepada Nya
Pasang niat dan berdoa kepada Nya supaya dipermudahkan urusan anda berpuasa, dan pada masa yang sama dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
“Ya Allah, bantulah aku agar dapat menjalani ibadah puasa dan permudahkanlah aku menyusukan anakku ”
2) Wajib Bangun Sahur
Wajib bangun bersahur. Jangan abaikan sahur. Pastikan anda mengambil makanan berkhasiat & lengkap dengan protein, karbohidrat, sayur-sayuran ketika bersahur. Elakkan pengambilan makanan ringan sebagai alas perut ketika bersahur. Percayalah anda sangat memerlukan tenaga di sepanjang hari, jadi pengambilan makanan yang berat dan berkhasiat penting ketika bersahur untuk ibu menyusu.
Pastikan anda mengambil susu MOMMA® Pregolact® ketika bersahur untuk tenaga sepanjang hari.
3) Minum lebih banyak air
Paling penting, pastikan anda minum lebih banyak air di antara waktu berbuka dan sahur esok harinya. Sekurang-kurangnya 3 liter air sehari diperlukan. Anda mungkin berasa mual kerana terpaksa meminum banyak air masak dalam jarak waktu yang singkat. Pelbagaikan jenis minuman anda seperti meminum susu MOMMA® Pregolact® , atau jus buah-buahan.
Elakkan minuman bergas kerana ia boleh mengganggu proses penyusuan anda. Dalam keadaan cuaca yang agak panas, pastinya anda terbayang-terbayangkan minuman sejuk berais di waktu berbuka nanti. Cuba kurangkan atau sebaiknya elakkan pengambilan minum berais yang berkemungkinan boleh menyebabkan susu merudum.
4) Jaga jadual mengepam
Pastikan anda tidak culas dan kekal mengikut jadual mengepam susu anda pada jarak waktu 3-4 jam sekali sekiranya anda bekerja. Pada hujung minggu, kerapkan susukan bayi anda. Sesi mengepam susu boleh dimulakan seawal sebelum atau selepas sahur kerana pada waktu ini kuantiti susu yang lebih banyak dapat dihasilkan.
5) Makanan lengkap dan penuh nutrisi
Makan makanan yang lengkap mengandungi protein, karbohidrat ketika berbuka untuk membantu penyusuan anda. Elakkan mengambil kuih muih yang terlalu manis berlebihan. Perbanyakkan makan sayur-sayuran hijau ketika berbuka.
Anda digalakkan untuk mengambil buah-buahan yang tinggi kandungan airnya seperti tembikai, oren, tembikai susu, dan anggur ketika waktu sahur atau berbuka. Lebihkan pengambilan sayur hijau dan sayuran yang tidak berkanji – sawi, kangkung, dan salad bagi mengelakkan anda sembelit.
6) Minum segelas MOMMA® Pregolact®
Jangan lupa untuk minum segelas susu khas untuk ibu menyusu; MOMMA® Pregolact® ketika bersahur atau berbuka. MOMMA® Pregolact® mengandungi 14 Vitamin & Mineral khas untuk meningkatkan tenaga, banyakkan susu badan & pekatkan susu badan anda. Minum MOMMA® Pregolact® bersama dengan 3 – 5 biji kurma untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Pengalaman Puan Nor Hernamawarni Abdul Majid, salah seorang pengguna MOMMA® Pregolact®;
“Jika susu anak dan nak puasa, sy sarankan minum MOMMA® Pregolact®..Alhamdulillah boleh puasa tanpa lapar sangat..susu pun tak drop..sy susu dua org lagi, bukan kembar.. tapi kakak dan adik…sangat syorkan pada yg tak boleh minum susu..coklat yang sedap..Alhamdulillah” – Puan Nor Hernamawarni Abdul Majid
Sampai di sini dululah perkongsian dari kami. Kami berharap para ibu semua berjaya menyusu sehingga 2 tahun.
In sha Allah, dengan tips dan persediaan yang ada ini, kita pasti dapat menghadapi Ramadhan dengan lebih tenang & gembira. Pada Ramadhan tahun lepas Mama Amy berjaya berpuasa penuh sambil menyusu. Tiada masalah sebenarnya. Buat persediaan
awal. Jom kita raikan Ramadhan.
Untuk mendapatkan MOMMA® Pregolact®. Klik sini >> tempah sekarang!