Bagi ibu yang pertama kali menjadi ibu, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang baru dan asing. Kebanyakkan ibu tidak membuat persediaan sejak dari hamil lagi. Sesetengah ibu mengalami masalah susu kurang selepas bersalin, pastinya ini bakal merungsingkan ibu. Lagi-lagi keadaan bayi baru lahir yang masih kecil dan terkena demam kuning, dan ibu yang masih sakit akibat proses bersalin yang terlalu lama.
Bertenang ibu. Jangan risau. Stress dan kerungsingan hanya akan mengakibatkan susu bertambah kurang. Normal bagi ibu menghadapi susu kurang sebaik selepas bersalin.
Kenali 5 cara banyakkan susu badan selepas bersalin. Susu bertambah banyak dan pekat. Si manja membesar dengan gembira.
Kerapkan Menyusu
Dalam tempoh berpantang, bayi akan kerap bersama dengan ibu. Jadi, kerapkan penyusuan secara terus kepada bayi. Kenali konsep demand dan supply iaitu semakin kerap ibu menyusu semakin banyak susu yang dihasilkan. Apabila payudara telah dikosongkan, maka payudara akan menghasilkan susu dengan lebih cepat. Menurut The Baby Book, 2003 penyusuan susu dengan kerap dapat meransang hormon prolaktin untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
Minum Air yang Secukupnya
Pengambilan air masak adalah penting bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ibu menyusu perlu meminum air yang secukupnya iaitu di antara 2 hingga 3 liter sehari. Kekurangan air boleh menyebabkan susu akan mulai berkurangan. Ibu boleh mempelbagaikan air seperti minum jus buah-buahan. Jus oren yang kaya dengan vitamin C dan mineral membantu dalam penghasilan susu ibu. Elakkan meminum air yang berkarbonat dan berkafein.
Jadikan rutin untuk minum air masak.
Jadual Mengepam
Ikuti jadual mengepam susu iaitu 2 jam sekali sekiranya terpaksa berjauhan dengan bayi. Sebagai contoh, bayi terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana demam kuning. Pam secara konsisten adalah penting untuk mengekalkan demand dalam penyusuan.
Sekiranya ibu mengepam susu secara tidak konsisten, ianya boleh menyebabkan susu akan berkurangan dan payudara menjadi bengkak.
Makanan Berzat
Ramai ibu menghadkan pengambilan makanan ketika selepas bersalin dan dalam pantang. Ambil protein dari sumber ikan, daging dan ayam. Elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan luka bersalin ibu gatal dan lambat sembuh.
Pemakanan selepas bersalin sangat penting untuk penghasilan susu badan.
Ibu juga perlu mengelakkan makan makanan yang boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu seperti kubis, herba seperti parsli, peppermint, sage atau oregano.
Kawal Emosi
Apabila ibu menghadapi tekanan ia boleh mengakibatkan susu merundum. Ibu perlu sentiasa positif agar penghasilan susu dapat dihasilkan dengan baik. Sekiranya ibu menghadapi stress, ambil masa untuk tenangkan diri sebelum waktu mengepam. Mengepam ketika stress akan mengurangkan pengeluaran susu dan menyebabkan bayi cepat meragam.
Ibu menyusu yang gembira pasti menghasilkan bayi menyusu yang gembira juga.
Minum Susu Ibu Menyusu MOMMA® Pregolact®
MOMMA® Pregolact® mengandungi bahan semulajadi yang bertindak sebagai milk booster. Ianya diformulasi khas untuk ibu hamil & menyusu supaya susu badan lebih lancar dan banyak. Bukan sekadar milk booster , MOMMA® Pregolact® melengkapkan nutrisi yang kurang pada badan ibu dan menjadikan ibu lebih bertenaga untuk menyusu dan membuat aktiviti-aktiviti rumahtangga.
Ini adalah antara cara banyakkan susu badan selepas bersalin yang cepat dan berkesan.
Menurut kajian amalan minum susu ketika hamil dan menyusu dapat meningkatkan lagi kualiti susu badan.Sekiranya anda seorang ibu menyusu, susu adalah salah satu keperluan dalam diet pemakanan anda.
Susu mempunyai nutrisi yang secukupnya. Susu mengandungi kalsium, vitamin D dan banyak lagi khasiat yang terkandung dalam susu. Ibu menyusu perlu meminum susu bagi menggantikan kalsium dan nutrisi yang hilang dalam badan ketika hamil dan menyusu. Bayi juga akan berkongsi nutrisi yang lengkap.
Susu dapat membekalkan tenaga, dan mengurangkan keletihan. Di samping itu, susu juga mengenyangkan
Segelas susu dipenuhi dengan pelbagai nutrien yang penting untuk tubuh:
Vitamin : untuk sel darah merah
Kalsium : untuk tulang yang kuat.
Kalium: untuk sistem saraf
Zink : untuk imunisasi badan
Terlalu banyak faedah dengan pengambilan segelas susu ibu hamil & susu laktasi (ibu menyusu) setiap hari bagi setiap ibu hamil dan menyusu.
Untuk tempahan segera, hubungi kami, klik sini