“Aduh, sejak mengandung ni, selalu kekejangan otot, especially di bahagian kaki. Dulu sebelum pregnant okay je”
Pernah alami?
Jika ibu hamil mudah mengalami kekejangan otot dan sakit gigi, ia mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium.
Kalsium adalah mineral paling banyak yang boleh didapati dalam badan manusia. Kalsium penting dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi, dimana 99% kandungan kalsium tersimpan. 1% yang lain membantu organ penting lain seperti jantung, otot, dan saraf berfungsi secara normal.
1% kalsium dalam badan akan mula berkurangan setiap tahun bermula dari umur 20 tahun melalui kuku, kulit dan rambut. Semakin meningkat usia, semakin cepat proses pengurangan kalsium dalam badan akan berlaku. Jika tidak diberi perhatian sepenuhnya, tulang dan gigi akan bermasalah dikemudian hari.
Apabila seorang wanita hamil, bayi dalam kandungan memerlukan kalsium dari ibu untuk proses pembentukan gigi dan tulangnya. Jika ibu hamil tidak mengambil nutrisi kalsium tambahan, bayi akan mengambil kalsium dari gigi dan tulang ibunya. Kesannya, ibu hamil akan mengalami gejala kekurangan kalsium jangka pendek seperti kekejangan otot, sakit gigi dan belakang. Kesan jangka panjang pula adalah lebih berbahaya, seperti berkemungkinan mengalami osteoporosis.
Akibat kekurangan kalsium pada ibu hamil adalah
- kekejangan otot
- sakit gigi
- sakit belakang
- risiko tinggi mudah patah tulang
- menghadapi risiko osteoporosis di masa akan datang.
Akibat kekurangan kalsium pada bayi dalam kandungan pula adalah
- tumbesaran otot dan tulang terbantut
- menjejaskan pertumbuhan gigi yang sihat
Pengambilan kalsium semasa hamil seharusnya diberi perhatian sama seperti pengambilan vitamin yang lain. Untuk tumbesaran bayi yang optimum dan kesihatan ibu yang baik, dos yang dicadangkan oleh pakar nutrisi untuk ibu hamil adalah 1000mg sehari. Berikut adalah dos yang dicadangkan untuk setiap peringkat umur.
Peringkat umur | Jumlah kalsium mg/day |
Bayi 0 – 6 bulan | 200 |
Bayi 6 – 12 bulan | 260 |
1 – 3 tahun | 700 |
4 – 8 tahun | 1,000 |
9 – 18 tahun | 1,300 |
19 – 30 tahun | 1,000 |
31 – 50 tahun | 1,000 |
51 – 70 tahun (lelaki) | 1,000 |
51 – 70 tahun (perempuan) | 1,200 |
19 – 50 tahun (hamil, menyusu) | 1,000 |
Kalsium boleh didapati daripada pengambilan susu. Susu mengandungi kalsium semulajadi yang berkhasiat untuk tubuh.
MOMMA® Pregolact® – Susu Ibu Hamil & Menyusu
Susu ibu hamil MOMMA® Pregolact® mengandungi 2 perisa iaitu Coklat dan Vanilla Bliss. Sesuai diambil dari mula kehamilan sehingga menyusukan bayi. Selain memenuhi keperluan kalsium, ianya mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya mengurangkan alahan (morning sickness), mengurangkan rasa letih, penat dan lesu, menaikkan bacaan hemoglobin, mengelakkan sakit pinggang dan kejang kaki, mengurangkan risiko demam kuning dan meningkatkan perkembangan otak bayi sejak dalam kandungan.
Bagi ibu hamil, susu ibu hamil ini boleh diminum sebanyak 1-2 kali sehari di samping mengamalkan makanan berkhasiat bagi menyokong kehamilan. Susu ini boleh didapati di kedai bayi dan farmasi serta melalui online, klik sini