Relaktasi merujuk kepada proses membina semula penyusuan selepas ibu berhenti menyusu. Sebagai contoh ibu bersalin dan berhenti menyusukan bayinya setelah satu tempoh masa. Secara dasarnya, ia adalah proses di mana payudara yang sudah tidak lagi menghasilkan susu dan diminta untuk menghasilkan susu semula.
Terdapat pelbagai faktor kenapa penyusuan terhenti dan ingin disambung semula, antaranya, ibu yang tidak mahir menyusukan bayi semasa bayi baru lahir, tetapi kemudiannya mendapat pengetahuan, sokong dan dorongan dari keluarga untuk mencuba menyusukan semula bayinya.
Dua hormon penting yang terlibat dalam penghasilan susu ibu selepas ibu bersalin adalan prolaktin dan oksitosin. Kedua-dua hormon ini mempunyai fungsi berbeza, namun satu penting untuk satu sama lain. Kedua mereka juga mempunyai pencetus dan perangsang yang sama iaitu apabila bayi mendakap pada puting dan mula menyusu.
Ini akan merangsang penghasilan prolaktin yang akan mengarahkan payudara untuk menghasilkn susu dan oksitosin menghasilkan let-down refleks untuk susu keluar. Dakapan and penyusuan ini boleh ditiru oleh pam susu dan perahan tangan untuk mengeluarkan susu.
Walaubagaimanapun, pada permulaan proses relaktasi in berlaku, susu mungkin tidak dihasilkan oleh payudara ibu. Ini mungkin membuatkan bayi merasa kecewa. Bagaimana bayi mahu menghisap susu jika tiada susu yang dihasilkan? Jawapannya adalah kerana keselesaan yang diberikan oleh puting ibu itu tadi. Penting untuk difahami bahawa bayi perlu disusukan tidak kira dari botol atau terus dari penyusuan ibu.
Jika ibu yang baru mahu memulakan proses relaktasi, pastikan bayi tidak terlalu lapar. Bayi boleh disusukan dengan susu formula atau susu dari ibu susuannya dan kemudian bawa bayi ke arah payudara ibu sebelum bayi tidur. Ini dapat memberikan keselesaan, rasa suai kenal dan rangsangan.
Ibu yang mahukan relaktasi haruslah sabar dan kreatif dalam mencari jalan untuk mengembalikan bayinya kedalam dakapannya untuk menyusu badan. Salah satu cara untuk bayi mudah mendakap pada payudara ibunya adalah bila dia dalam keadaan kenyang, tenang dan berehat.
Jika bayi menolak dan bergelut semasa dia sedang aktif, cuba untuk bawa bayi ke payudara bila dia baru sahaja bangun dari tidur atau dalam keadaan separuh sedar. Ada ibu yang berjaya apabila mereka meluangkan satu sesi pada waktu malam ketika bayi separuh sedar.
Apabila bayi mendakap dengan baik, pastikan proses penyusuan berjalan dengan berkesan. Pastikan dakapan itu baik, dalam dan memenuhi ruang mulut bayi. Dakapan yang renggang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bayi dan ibu. Sebaiknya, ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan selesa semasa tempoh penyusuan berlangsung.
Kesakitan atau ketidakselesaan semasa meyusu boleh merosakkan pengalaman dan memori meyusu dan mungkin menjauhkan bayi dari mahu menyusu lagi selepas ini kerana perasaan negatif yang dikaitkan dengan menyusu.
Salah satu cara lain untuk ibu yang mahu relaktasi adalah dengan mencuba sekerap mungkin sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Ini amat berguna untuk bayi berumur kurang dari 3 bulan. Ini adalah kerana naluri bayi kecil ini lebih kuat untuk mencari payudara dan mendakap dengan sendiri.
Cari tempat yang selesa dan senyap untuk bermula, buka baju ibu dan bayi (kecuali lampin), ibu bersandar sedikit kebelakang dan bawa bayi ke dada dalam keadaan perut bersentuh dengan perut.
Jika bayi berusia lebih dari 3 bulan, ibu masih boleh mencuba sentuhan kulit ke kulit. Ini mungkin memerlukan pujukan kerana bayi akan cuba bergerak dan meneroka kerana sifat ingin tahu. Bersabar dan tenang. Ingat, relaktasi memerlukan banyak masa, tenaga dan usaha.
Ibu boleh mencuba sentuhan kulit ke kulit dengan tenang dengan membawa bayi ke arah payudara. Mungkin mereka akan mendakap dengan sendirinya bila sudah puas bermain nanti.
Perahan tangan juga penting kerana ia membantu bayi yang mempunyai masalah mengeluarkan susu dari puting ibunya. Biarkan bayi terus mendakap sambil ibu menggunakan tangan untuk menekan payudara dalam usaha untuk membantu mengeluarkan susu.
Ibu yang inginkan relaktasi juga boleh menggunakan pam susu sebelum menyusukan bayi. Ini membantu susu keluar dengan lebih mudah and mengurangkan kekecewaan bayi kerana mereka tidak perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusu.
Ibu juga boleh cuba untuk mengeluarkan susu dari payudaranya sekerap mungkin, walaupun selepas selesai meyusukan bayi. Mengepam selepas menyusukan bayi membantu mengosongkan payudara, lalu lebih banyak susu akan dihasilkan. Relakstasi adalah proses yang melibatkan kekerapan.
Lebih kerap susu keluar, lebih banyak susu yang akan dihasilkan. Jumlah yang disyorkan untuk mengeluarkan susu ibu adalah 8 kali dalam tempoh 24 jam. Ibu boleh mencuba untuk mengepam selama 20 ke 30 minit untuk 1 sesi dan sekurang-kurangnya 1 sesi di waktu malam.
Bagaimana jika bayi itu sudah biasa dengan penyusuan menggunakan botol?
Bayi tidak mahu menyusu terus dari puting ibu kerana dia lebih selesa dan biasa dengan menggunakan botol. Ibu yang mahukan relaktasi boleh mencuba pelbagai cara untuk memberikan susu kepada bayi tanpa botol. Ibu boleh menggunakan sudu, cawan atau picagari. Namun, ia adalah dinasihatkan untuk ibu mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari doktor, jururawat atau kaunselor laktasi.
Dengan mengeluarkan botol dari menyusuan, bayi akan mencari-cari sesuatu untuk dimasukkan kedalam mulut sebagai ganti. Disinilah ibu boleh memujuk bayi untuk mendakap sebagai ganti kepada botol. Dakapan membantu merangsang hormon dan memudahkan refleks let-down yang lebih baik dari pam susu.
Memahami bagaimana susu ibu dihasilkan adalah satu perkara penting dalam proses relaktasi. Ia adalah penting untuk memahami bahawa selain rangsangan yang kerap dari dakapan bayi, payudara juga haruslah dikosongkan dengan kerap. Bila seorang ibu mahu mencuba proses relaktasi, dia perlu mengepam dengan kerap, perahan tangan atau cuba menyusukan bayinya secara terus untuk memastian susu sentiasa dihasilkan.
Ibu juga perlu ingat untuk mengimbangi di antara dua payudara dalam proses mengeluarkan susu ibu. Ini termasuklah menukarkan kedudukan bayi dari kiri ke kanan atau sebaliknya dan mengepam kedua dua payudara. Pam berkembar mungkin boleh menjimatkan masa kerana dengan satu pam, banyak masa diperlukan untuk mengosongkan kedua belah payudara.
Semua perbuatan fizikal yang dinyatakan di atas adalah mudah untuk dibincangkan tetapi bukan sebegitu senang untuk dilakukan. Ibu yang mahu melakukan relaktasi haruslah mempunyai motivasi dan dorongan yang kuat kerana proses relaktasi adalah proses yang memerlukan masa, tenaga dan usaha yang kuat untuk menampakkan hasil.
Susu ibu tidak akan terhasil pada percubaan pertama untuk relaktasi, samada bayi mendakap atau tidak. Memaksa bayi untuk mendakap hanya akan menyebabkan perasaan kecewa dan stress dengan menyusu ibu. Ini akan memberi kesan pada bayi dan juga ibu, menyukarkan lagi proses relaktasi. Kedua ibu dan bayi perlu berada dalam keadaan tenang dan rehat untuk membantu memudahkan proses relaktasi.
Mendapatkan pertolongan dari pakar bertauliah seperti doktor kanak-kanak dan perunding laktasi adalah salah satu penyumbang dalam kisah kejayaan ibu lain yang pernah melalui proses relaktasi. Ini adalah penting kerana ilmu dan pengetahuan tentang relaktasi adalah penting sebagai sokongan kepada ibu yang inginkan relaktasi.
Doktor juga boleh memberikan nasihat dan ubat hormon untuk ibu yang tidak melahirkan bayinya. Perunding laktasi dapat memberikan nasihat dan cara yang lebih tepat untuk memahami bagaimana susu ibu dihasilkan dan bagaimana relaktasi dapat dilakukan. Kedua pakar ini akan dapat membantu ibu yang mahukan relaktasi.
Antara nasihat yang paling berguna untuk ibu yang mahukan relaktasi ialah untuk mengetahui bahawa relaktasi adalah lebih dari penyusuan. Walaupun namanya berkaitan dengan susu ibu, ia adalah penting untuk ibu mengetahui bahawa ikatan di antara ibu dan anak adalah sesuatu yang sangat bernilai semasa dakapan untuk menyusu berlaku. Walaupun tiada susu yang terhasil, ibu dan bayi tetap akan mendapat banyak kebaikan dari proses ini.
Mungkin ianya lebih baik untuk melihat relaktasi sebagai satu perjalanan, bukan satu destinasi. Jika seorang ibu berhenti menyusukan bayi atas apa sebab sekalipun, ia adalah penting untuk mengetahui bahwa ibu mempunyai niat untuk kembali menyusukan bayinya. Penting untuk ibu sentiasa mengingati mengapa dia mahu menyusukan kembali bayinya.
Bercakap dengan perunding laktasi dan ibu yang mempunyai pengalaman yang sama dapat membantu mengurangkan stress dan kekecewaan yang dirasai apabila tiada susu ibu dihasilkan. Sistem sokongan yang kuat dari keluarga dan rakan-rakan juga diperlukan semasa penyusuan bayi kerana ia adalah proses yang meletihkan dari segi fizikal dan mental.
Perlukah ibu mengambil sebarang supplement untuk relaktasi?
Kini terdapat banyak supplement yang membantu penyusuan susu ibu. Ibu harus bijak memilih yang bersesuaian dan tidak memudaratkan. Pilihlah supplement yang berasaskan bahan-bahan semulajadi adalah yang terbaik. Lebih-lebih lagi susu yang memberi manfaat kesihatan yang tinggi pada ibu dan bayi. Namun, pastikan ibu memahami proses keseluruhan relaktasi yang memerlukan ibu untuk kerap mengosongkan payudara.
Ibu yang mahu memulakan proses relaktasi perlu lebih positif di dalam mendekati kaedah penyusuan bayi. Ia bukanlah terletak pada berapa banyak atau sikit susu yang dikeluarkan, tapi ikatan di antara ibu dan bayinya. Terdapat begitu banyak kebaikan pada susuan ibu walaupun tiada susu yang dihasilkan. Jika ibu berjaya mengepam susu tetapi bayi mempunyai masalah mendakap, usah risau.
Berikan susu ibu itu dengan cara lain. Selama mana ibu dan bayi selesa dan berpuas hati, penyusuan ibu sepatutnya diteruskan sehingga ibu dan anak bersedia untuk berpisah susu.
Haruslah diingatkan bahawa penyusuan ibu bukanlah sekadar bayi meminum dan kenyang dari susu ibunya. Susu ibu itu tidak dapat diganti, tetapi ikatan diantara ibu dan bayi pada peringkat ini adalah sangat penting. Relaktasi adalah suatu proses yang akan memakan masa, tenaga dan memerlukan usaha dan fokus serta kekuatan mental dan fizikal.
Ia adalah penting untuk ibu yang mahukan relaktasi untuk mendapat sokongan dan dorongan yang sepatutnya.