Free Delivery on orders over RM130. Don’t miss discount.
Petua & Nasihat

Tips Memilih Susu Untuk Ibu Mengandung

tips memilih susu untuk ibu mengandung

MOMMA Pregolact

Tahukah anda , semasa hamil para ibu sangat digalakkan untuk meminum susu untuk ibu mengandung Malaysia. Ini bukan sahaja dapat memberi manfaat yang baik untuk ibu berkenaan , bahkan juga amat baik untuk bayi dalam kandungan dalam proses kehamilan tersebut .

Namun untuk mengamalkan susu semasa hamil , para ibu tidak boleh meminum dengan sewenang-wenangnya. Terdapat beberapa tips yang perlu para ibu ketahui supaya tidak mendatangkan kesan yang buruk di kemudian hari .

Berikut merupakan tips yang perlu para ibu ketahui :

  1. Pilihlah susu yang sudah dipasteurisasi iaitu proses membunuh bakteria atau kuman dengan cara memasak susu tersebut terlebih dahulu . Proses ini sangatlah penting kerana jika tidak dilakukan susu tersebut mungkin terdapat bakteria atau kuman dimana boleh menjadi penyebab para ibu mengalami keguguran bayi .
  2. Bacalah kandungan nutrisi yang ada pada label susu tersebut . Pastikan kandungan gizinya lengkap supaya kandungannya sihat semasa meminum susu tersebut . Sebagai contoh untuk kandungan trimester pertama para ibu pilihlah susu yang banyak kandungan vitamin untuk mengurangkan rasa loya . Ini kerana kebiasaannya ibu hamil pada fasa trimester pertama akan mengalami rasa loya yang berpanjangan . Jika kandungan sudah mencapai trimester kedua pula amatlah digalakkan untuk memilih susu yang tinggi kandungan zat besi untuk mencegah risiko bayi lahir secara pramatang dimana susu yang tinggi dengan zat besi ini juga dapat mencegah anemia iaitu kurang sel darah merah . Selain itu ibu hamil juga tidak disarankan untuk memilih susu yang tinggi kandungan gulanya untuk mengelakkan penyakit diabetis .
  3. Pilihlah susu yang rasanya bersesuaian dengan selera supaya dapat menelan rasa susu dengan baik . Zaman teknologi yang semakin canggih ini juga manusia sudah bijak mempelbagaikan  jenis perisa susu yang ada di pasaran kerana mereka lebih peka dengan keadaan semasa dan membuat kajian yang terperinci serta teliti untuk menarik minat para ibu supaya lebih terbuka dan dapat menerima rasa susu semasa meminumnya . Antara perisa-perisa yang terdapat di pasaran adalah seperti perisa coklat ,  vanilla dan juga perisa asli .
  4. Akhir sekali periksa dahulu tarikh tamat tempoh pada label susu tersebut untuk mengelakkan daripada membeli susu yang sudah tamat tarikh tempohnya . Jika para ibu mengabaikan perkara seperti ini , dikhuatiri kemudian hari akan mendatangkan kesan yang buruk terhadap bayi dalam kandungan tersebut.
  5. Sekiranya anda merancang untuk menyusukan bayi selepas bayi lahir, pilihlah susu yang mempunyai nutrisi yang bersesuaian dengan keperluan penyusuan susu ibu . Antaranya susu yang mengandungi bahan-bahan dari milk booster terbaik.

Terdapat banyak lagi tips yang dapat para ibu ketahui , namun secara kesimpulannya ini merupakan tips-tips paling asas yang perlu para ibu titikberatkan dalam memilih susu ibu untuk dijadikan panduan .

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *