MOMMA Pregolact
Haid tidak teratur adalah perkara biasa yang akan dialami oleh sesetengah ibu-ibu selepas melahirkan. Terdapat juga kes di mana haid tidak teratur ini berlaku untuk tempoh yang lama seperti yang diceritakan oleh Puan Rina ini.
“Saya tidak datang haid sejak melahirkan anak pertama. Kini, sudah hampir 11 tahun saya bersih dari darah haid gara-gara menyusu bayi secara penuh. Disambung pula dengan kelahiran 3 lagi bayi selang setiap 2 ke 3 tahun. Saya hanya mengalami darah nifas selepas melahirkan sahaja. Adakah ini normal atau ia suatu masalah yang serius?” – Puan Rina.
Secara umumnya, haid ialah darah kotor yang keluar dari badan seorang wanita yang sihat. Kitaran haid yang normal dan teratur membantu wanita untuk mengetahui waktu suburnya dengan tepat dan ini memudahkan perancangan keluarga dibuat dengan efisien.
Gangguan kitaran haid tidak teratur selepas bersalin tidak berbahaya sekiranya berlaku dalam tempoh yang tidak berpanjangan. Sebagai contoh, seorang wanita mungkin menghadapi kesukaran untuk mengandung sekali lagi selepas beberapa bulan melahirkan. Situasi ini biasanya akan kembali normal selepas bayi berhenti menyusu badan pada usia 2 tahun atau apabila bayi sudah mula mengambil makanan pejal antara 6 sehingga 12 bulan.
Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi secara eksklusif, kitaran haid dijangka akan datang di antara 3 hingga 10 minggu selepas bersalin. Jika melakukan penyusuan secara eksklusif, si ibu mungkin mengalami tempoh masa ketiadaan haid yang panjang. Namun, ada juga kes di mana ibu yang menyusukan bayi selama 6 bulan datang haid beberapa bulan selepas melahirkan seperti wanita normal yang lain.
Haid yang tidak teratur selepas bersalin juga berlaku disebabkan hormon prolaktin yang berlebihan dan pengambilan pil perancang. Sepanjang tempoh penyusuan, badan akan mengeluarkan hormon prolaktin yang tinggi. Hormon ini penting untuk merangsang pengeluaran susu badan tetapi menyekat penghasilan hormon astrogen di dalam badan yang berperanan membentuk kitaran haid.
Perkongsian: Penyusuan yang berterusan secara ekslusif dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa 4 hingga 6 bulan selepas kelahiran.
Antara beberapa faktor luaran yang menyumbang kepada kitaran haid tidak teratur:
- Perubahan jadual harian
Ibu yang baru melahirkan akan mengalami perubahan jadual hidup yang drastik. Waktu tidur akan berubah dan banyak masa diperuntukkan untuk menguruskan keperluan bayi. Jadual penyusuan bayi dan mengepam susu juga membuatkan ibu semakin sibuk.
- Stress dan kurang rehat
Perubahan yang berlaku memberikan tekanan emosi dan mental kepada ibu yang baru melahirkan. Kesan daripada tidur yang kurang teratur, badan yang terlalu letih dan rehat yang tidak mencukupi, sedikit sebanyak memberi perubahan kepada tubuh dan hormon si ibu. Emosi yang kurang stabil ini boleh mengakibatkan stress atau tekanan jiwa, jika tidak diuruskan dengan baik.
- Pemakanan tidak seimbang
Ibu yang menyusu dan baru melahirkan memerlukan makanan yang sihat dan berkhasiat supaya badan mendapat nutrisi yang lengkap. Antara makanan yang digalakkan untuk mengatasi masalah haid tidak teratur ialah sayuran hijau, brokoli, betik, air asam jawa, susu soya dan ikan salmon. Kurangkan juga pengambilan makanan yang tidak sihat dan berlemak.
Kitaran haid tidak teratur selepas bersalin, secara amnya, merupakan keadaan yang kerap dialami oleh ibu yang menyusu secara eksklusif. Namun, jika masalah ini berpanjangan, melebihi 2 tahun dan mengakibatkan ketidaksuburan untuk mengandung lagi, cepat-cepat berjumpa dengan doktor pakar untuk pemeriksaan terperinci.
Lina nabila
May 22, 2019 at 3:37 pmHai . Nak tanya , normal ke period sampai hari yg ke 13 ? Baby saya baru je 1 bulan 30 hari ..
Mellycolley
April 15, 2019 at 8:44 amHi kepada semua mau bertanya ada ka normal bila lepas bersalin secara czer dan baby da 6 bulan haid mula 27/3 smpai sekarang masi lgi berdarah kebanyakan darah beku…
Zurainah Abdullah
March 28, 2019 at 11:46 amAssalamualaikum.. saya nak Tanya slps 3bln melahirkan saya mengalami period yg pertama..
23.2.19.. sepatutye klu ikut kalender period berikutnya 23.3.19 saya period semula.. tapi saya tidak datang haid . Adakah normal sedang Kan saya tidak menyusukan bayi.
Azhana
March 13, 2019 at 11:06 pmAssalamualaikum dan selamat pagi..saya nak bertanya kalau anak baru 3 bulan dan darah haid blm keluar kira sebulan lebih blm dtg haid..apakah tidak jd apa2..saya tidak mengambil ubat perancang..hanya merancang sendiri..tetapi skrg saya mengalami kesakitan seluruh badan kerana saya bukan bersalin normal..tetapi saya kena bedah..saya sdh 2 kali pembedahan anak ke dua dan ke tiga nie..
zarydha
March 6, 2019 at 2:57 pmAssalamualaikom,saya ada masalah tidak datang haid..dah sebulan 7hari lepas bersalin..saya menyusu badan n bagi susu formula dengan bayi..dan sekarang juga saya dah ambil perancang injection pada tarikh 3/3/2019..so sekarang bagaimana cara mengatasi masalah ini??adakah normal @ tidak??
Fir
January 29, 2019 at 1:25 pmSalam. Anak sy berusia nak masuk 4bln. Sy datang period 8hari & hari ke13 darah ada kembali. Adakah itu darah haid atau istihadah ya? Normal tak? Harini hari ke15 masih ada lg.
amalina
January 23, 2019 at 4:09 amhi, nak tnya, sy masih full bf walaupn berkerja & tmpat keje sy pam, skarang anak berumur 9 bulan sy sudah period semula dlm masa 7 hari, tapi utk bulan ini sy masih belum period n megikut calendar sy sudah terlebih 7 seminggu..sy risau sbb sy tidak mngambil sebarang ubat atau injection perancang, cuma rancang sendiri melalui kalendar or kondom.. adakah normal bila da period & bulan berikutnya tidak period pula kerana sy masih full bf? perlu ke sy cek pregnancy test..sy jadi takut kerana anak baru 9 bulan…boleh ke bg jwapan di email sy juga? di alamat – andy03lina13@gmail.com. terima kasih..
Ema
January 22, 2019 at 9:37 amAssalamualaikum….
Sya ingin bertanye…
Adakah normal slepas bersalin 3 bulan sya dtg period…bulan 3 sye dtg period,bulan 4-6 sye xdtg period,bulan 7&8 sye dtg period dan bulan 9 sehgga bulan 1 sye xdtg period….adakah itu dianggap period sye normal@tidak??
Sekian terima kasih
Heyda
January 21, 2019 at 3:16 amBulan Disember 2018 saya last datang haid..lepas tu masuk bulan Januari 2019 tak datang…tetapi bayi masih menyusu badan sehingga umur 10 bulan dan menyusu botol…adakah ini normal bagi ibu selepas bersalin dan telah habis pantang? Seterusnya, saya lewat mengambil sarapan pagi mengakibatkan kepala saya pening dan sakit di bahagian ulu hati dan ini telah masuk hari kedua…
Ima
January 14, 2019 at 9:17 pmSalam. Anak saya dah 2 tahun tapi haid saya tidak teratur. Yang haid pertama selepas bersalin pada dia berumur 8 bulan, 10 bulan, 1 tahun 8 bulan, 1 tahun 11 bulan. Normal ke ni? Bila check, saya tak mengandung lagi. Adakah ini perkara biasa juga?
Ain
November 16, 2018 at 1:30 pmAssalammualaikum,
Sy baru lepas bersalin baby sekarang nak masuk 5 bulan masa baby umur baby 4 bulan sy sudah datang priod dan bulan depannye (bulan ini) saya tak priod lagi… Sudah lewat 6 hari… Baby susu badan & susu fomular( sehari 2 botol sewaktu keluar rumah sahaja saya bagi susu botol) saya nak tanya adakah saya hormon change ? Risau dalam keadaan baby kecil lagi… Ingin mendapatkan kepastian
Aisyah
November 9, 2018 at 4:50 amSalam puan. Adakah normal sekiranya saya tidak period pada kali kedua selepas bersalin? Saya telah period kali pertama pada usia bayi saya 5 bulan.
Nor
November 4, 2018 at 10:13 pmSaya telah bersalin 5 bulan yang lepas. Masih menyusukan bayi secara ekslusif. Malam tadi keluar sedikit darah melalui faraj, saya fikir kan darah haid. Bila saya pakai pad, takde pulak darahnya, saya cuba menekap pad pada faraj, ade sedikit darah tetapi jumlahnya terlalu sedikit, warnanya agak sedikit gelap, tidak berwarna seperti darah segar. Adakah itu haid?
Wanee Yusof
October 24, 2018 at 8:30 amassalam sy nk tny..sy bersalin bulan 3..kemudian period dtg mcm biasa..tp period bulan 10 mcm xtentu..maksud sy, hari pertama pad ksong..hari 2,3,4 penuh..ke5 skit..ke 6 kosong..2 hari seleps tue ade skit lendir coklat..lepas tu on off on of sehinggalah hari yg ke 15..normal kah mcm tu?
nia
October 10, 2018 at 10:44 amsalam.. normal ke bila lepas bersalin da period 2x.. lepastu xperiod lg.. cek upt asyik negatif je. .
Eyra Diyana
June 25, 2018 at 2:29 pmSy nak tnya. Haid sy tidak teratur. Dh bersalin 4 bulan. Tp period selalu dtg. Dtg 12 hari. Berhenti 4 hari. Lepastu dtg period balik. Selama 4 bulan mcmtu
sophia
April 16, 2018 at 1:01 amhai.. saya nak tanya. Saya melahirkan bayi saya pada 18 sept 2017. Bln 11 2017 saya dah datang haid dlm 7 hari. Saya telah mengambil suntikan pencegah ambil pada bln Dec 17. Pertengahan bln Dec 2017 saya telah dtg haid dlm kuantiti yang sedikit tapi dlm masa yang agak lama sehingga pertengahan bln 2 2018. Haid saya berhenti sekejap dlm beberapa hari selepas itu saya dtg haid dlm kuantiti yg sedikit lagi dlm tempoh yg lama lagi sampai bln 3. Begitulah yang berlaku sampai sekarang. Adakah normal?
Siti fatimah
April 10, 2018 at 7:58 amAssalam.nk ty..normal ke period sy dlm tempoh sebulan sy mengalami haid sebanyak 3kali.
nadia
February 27, 2018 at 2:04 amassalamualaikum . saya nak bertanya . normal selepas bersalin period tidak teratur . maksudnya selepas bersalin saya sudah datang haid dan bulan berikut nya saya tidak datang haid?
Momma Industries
March 4, 2018 at 6:56 amWaalaikumussalam Puan. Adalah normal period tidak teratur selepas bersalin, terutama bagi ibu menyusu kerana perubahan hormon.
Namun, sekiranya puan mengalami period lebih dari 15 hari, sila dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
zura
March 21, 2018 at 5:00 amSaya pn mengalami masalah yg sama.. Dh dtg period bln lps tp bln ni xdtg lg.. N now dh lwt 6hari.. Blh advise apa ptt saya lakukan?
zura
March 21, 2018 at 5:01 amUtk makluman period bln lps normal dlm 7-8 ari shj