Mesti mommies seronokkan dapat menyusukan si manja, dan pastinya berhasrat nak menyusukan sehingga 2 tahun. Tahniah mommies, teruskan perjuangan ya!💪
Hari ni Mama Amy nak kongsikan tanda-tanda susu ibu kurang, kalau susu ibu kurang, tentunya perkembangan baby akan terganggu.
Jom periksa tanda-tanda ni;
1. Berat baby menurun atau tidak ideal
- Berat bayi lazimnya meningkat 100-200g seminggu untuk 1 bulan pertama kelahiran, pada bulan seterusnya sehingga 1 tahun berat bayi meningkat antara 85-104g
- Berat bayi perlu meningkat sebanyak 600g dari lahir hingga dia berusia 1 bulan
- Sekiranya berat bayi kurang dari ini, mommies perlu tingkatkan penyusuan susu ibu 🙂
2. Bayi kurang membuang air kecil kurang daripada 6 kali sehari
- Air kencing bayi berwarna kuning jernih adalah tanda bayi mendapat cukup susu
- Sekiranya lampin ditukar kerap, lebih daripada 6 kali adalah normal, namun sekiranya kurang daripada 6 kali sehari, itu tandanya bayi mommies kurang minum susu
3. Bayi tidur tak lena dan kerap terjaga
- Bayi yang tak cukup susu akan tidur tak lena dan sangat kerap terjaga
- Bayi kelihatan tidak sihat, dan tona otot yang kurang baik
- Bayi yang tidak cukup susu, kulitnya agak kering dan kurang anjal. Mulutnya juga agak kering
4. Baby kerap menangis dan minta disusukan kerap
- Baby menyusu sekejap-sekejap, adakalanya tidak sampai 20 minit pada satu sesi, dan menangis lagi untuk disusukan
- Sekiranya payudara tidak lembut selepas 20 minit penyusuan, periksa teknik lekapan
- Baby mengempeng terlalu lama, dan kerap merengek kerana tidak cukup susu
- Baby menyusu berlarutan sehingga lebih dari 30 minit, dan payudara telah lembut namun bayi masih kelihatan tidak puas menyusu
5. Hasil mengepam yang sedikit
- Hasil pam yang sedikit dan tidak cukup untuk bayi. Penghasilan susu ibu tidak meningkat selepas lebih sebulan kelahiran adalah tanda-tanda susu ibu kurang dan tidak cukup untuk si manja
Baby mommies alami 5 tanda-tanda di atas?
Jom tingkatkan susu badan supaya si manja dapat susu yang mencukupi dan membesar dengan sihat dan gembira.
Saba'atun hajijah
March 11, 2024 at 9:18 amSusu berkurang