Free Delivery for Orders More than RM100!
Laktasi Penyusuan

10 Tips Menyusu Di Bulan Ramadhan

Mommies boleh amalkan 10 tips ini untuk berjaya menyusu di bulan Ramadhan.

1. Sahur secara sihat, lengkap dengan karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mommies boleh ambil karbohidrat daripada nasi,pasta, bijiran, dan kentang. Manakala protein pula, mommies boleh ambil ikan, ayam, telur, daging, tauhu, susu juga mengandungi protein tau.

Untuk mommies menyusu, digalakkan untuk mengamalkan pinggan suku-suku separuh, 2 senduk rata nasi, 1 bahagian protein dan 1 bahagian sayuran dan buah.

2. Sepanjang berpuasa, mommies tak dapat minum air masak kan? Jadi, pastikan mommies ambil air masak yang cukup selepas berbuka. 1 gelas setiap jam, dan minum sedikit-sedikit.

3. Lewatkan waktu bersahur. Jangan pula mommies bersahur terlalu awal, seawal 12 malam atau 2-3 pagi. Sebaiknya lewatkan waktu bersahur.

4. Makan buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai, betik, dan pir. Tapi kita masih perlu mengawal kuantiti buah-buahan yang diambil.

5. Mommies digalakkan untuk mengurangkan pengambilan kafein bagi mengelakkan kerap kencing dan badan dehydrate, kafein juga boleh menghalang penyerapan zat-zat makanan oleh badan.

6. Elakkan makanan masin dan berminyak semasa waktu sahur, makanan yang masin akan menyebabkan kita lebih cepat haus.

7. Banyakkan makan makanan tinggi serat untuk elakkan sembelit, boleh juga mengamalkan dried prune dan kurma.

8. Ada juga mommies yang suka minum air bergas kan, haa yang ini mommies hentikan sepenuhnya untuk bulan puasa ini ya. Air berkarbonat menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan dan menyebabkan mommies kerap membuang air kecil.

9. Minum MOMMA® Pregolact® pada waktu sahur dan berbuka untuk kekal bertenaga dan banyakkan susu badan. MOMMA® Pregolact® mengandungi 3 macronutrien dan 14 vitamin & mineral yang mommies perlukan ketika menyusu.

10. Dari segi penyusuan pula, teruskan penyusuan / mengepam seperti biasa di tempat kerja. Walaupun mommies berpuasa, masih perlu mengekalkan demand, supaya susu badan tak semakin drop di bulan puasa.

Ibu hamil boleh amalkan tips yang sama (tidak termasuk tips penyusuan). Selamat berpuasa mommies

Mommies ada masalah susu kurang, dan dah cuba macam-macam untuk banyakkan susu badan? Klik sini untuk baca lebih lanjut bagaimana MOMMA® Pregolact® dapat bantu mommies.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *